! ★Kawaii Blog★ !



Monday, 7 October 2013 | 11:00 | 1 comments
*ENTRY SCHEDULE*
*TAIP PADA 17 OGOS 2013* 

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum ^^



Ada banyak perkataan HIJAU di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.

Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAU pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.



1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat : “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”Surah Ar-Rahman : Ayat 76

3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”Surah Al-Insan : Ayat 21

4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.



Sumber: Kitab: Ma’a Al-Thib fii Al-Qur’an Al-Karim, Dr. Abdul Hamid Diyab, Dr. Ahmad Qarquz, Mu’assasah Ulum Al-Qur’an, Dimasyq.

Credit to: http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-394840.html
Blogger pha is said...

skrg ni, pakai kaler hijau lebh sikit, nnti kena cop fanatik pas.. heheh

 

Post a Comment

Anda amat dialu-alukan untuk komen di entry ini, tapi dengan SYARAT. :D

★ Nak promote GA / Segmen / Contest tidak dibenarkan.
-Kalau nak promote di cbox sahaja.

★ No spam.
-Comment dan tekan sekali publish dah cukup. *kalau ada kesilapan perkataan/ayat/link, boleh komen untuk kali ke dua :)

★ No harsh word.
-Be careful with your words. Once they said, they can be only forgiven, not forgotten.

★ Bahasa Malaysia dan Bahasa English sahaja. Dwibahasa pun boleh. *Bahasa asing tidak dibenarkan.

Baca BISMILLAH sebelum comment ;)
*Kalau tengah join segmen/contest/GA memang wajib dibaca. Dalam hati pun boleh ^^

Ok, sekarang boleh comment hehe. XD






Older Post Newer Post
♣ Disclaimer
Meet the mistress

Berdakwah bukan tugasan sehari, seminggu atau sebulan. Ia tugasan sepanjang hidup, setiap masa & keadaan. Berdakwahlah selagi termampu.
Button FOLLOW di bawah ni :)

About Stuffs Si&Li Posts

FOLLOW // DASHBOARD
♣ Menu
I don't know
POST CBOX