! ★Kawaii Blog★ !



Thursday, 17 October 2013 | 15:12 | 0 comments
*ENTRY SCHEDULE*
*TAIP PADA 11 OCTOBER 2013* 

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum ^^

kenapa-keras-hati

Pernahkan kita membaca dan mendengar tentang perihal hati ini. Tahukah kita apa itu hati sebenarnya. Kalau kita bercakap seseorang itu mempunyai akhlak yang baik kita menyebut dia itu baik hati. Tetapi bagaimana dengan seseorang yang buruk akhlaknya mestilah kekadang orang berkata dia itu busuk hati. Sehinggakan ada bait-bait lagu itu dicipta berkenaan dengan hati : 

Pandangan mata selalu menipu, 
Pandangan akal selalu tersalah, 
Pandangan nafsu selalu melulu, 
Pandangan hati itulah hakiki kalau hati itu bersih. 

Nabi Muhamad saw bersabda: 
"Ketahui sesungguhnya pada sesebuah jasad itu ada seketul daging maka jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosaklah jualah keseluruhan jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Sekarang mari kita lihat dan selidiki tentang hati. Hati adalah sumber kebahagian setiap insan yang ada di muka bumi ini. Daripada Abu Hurairah ra: "Hati adalah raja,sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baiklah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruklah pula tenteranya. 

Hati yang keras mempunyai tanda-tandanya yang boleh dikenali diantaranya : 

1- Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan. 

Terlalu malas untuk melakukan ibadah dan memandang ringan. Misalnya tidak serius melakukan solat,terasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang lain. Perkara ini ada Allah sebutkan dalam firman-Nya: 


surah-at-taubah-ayat-54


Maksudnya : Mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak pula menafkahkan harta mereka melainkan dengan rasa enggan. (surah taubat ayat 54)


2- Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran. 

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali tidak mahu khusyuk dan tawaduk dan lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkan al-Quran. Sedangkan Allah swt telah memberikan amaran dalam firman-Nya : 


surah-al-qaf-ayat-45

Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.
(surah al-Qaf ayat 45)


3- Berlebih-lebihan dalam mencintai dunia dan melupakan akhirat. 

Segala tumpuan fikiran dan hatinya semata-mata hanya untuk dunia tanpa memikirkan bekalan untuk kehidupan semata-mata. Urusan sesama manusia hanya semata-mata untuk keuntungan atau mengumpulkan kekayaan dunia semata-mata yang mana menjadikan seseorang itu menjadi ego,dengki, dan individualistik, bakhil serta tamak terhadap kekayaan dunia yang hanya sementara ini. 

4- Kurang mengagungkan Allah berbanding mengagungkan makhluk. 

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati dalam mengejar rahmat Allah dan imannya. Sehingga hilang kemanisan iman , tidak marah ketika larangan Allah diperlecehkan serta tidak mengamalkan amal makruf serta tidak memperdulikan terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 

5- Tidak belajar dengan Ayat Kauniah.

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran seperti kematian,sakit,bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat seperti firman Allah : 

surah-at-taubah-ayat-126

Maksudnya :
Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?
(surah At-Taubah ayat 126)


Perihal hati ini ada juga disebutkan di dalam kisah Luqman al-Hakim . Marilah pula kita sama-sama baca kisah Luqman al-Hakim <klik Sini>

CopyPaste From
http://mselim3.blogspot.com/2013/10/5-sebab-kenapa-hati-menjadi-keras.html

Post a Comment

Anda amat dialu-alukan untuk komen di entry ini, tapi dengan SYARAT. :D

★ Nak promote GA / Segmen / Contest tidak dibenarkan.
-Kalau nak promote di cbox sahaja.

★ No spam.
-Comment dan tekan sekali publish dah cukup. *kalau ada kesilapan perkataan/ayat/link, boleh komen untuk kali ke dua :)

★ No harsh word.
-Be careful with your words. Once they said, they can be only forgiven, not forgotten.

★ Bahasa Malaysia dan Bahasa English sahaja. Dwibahasa pun boleh. *Bahasa asing tidak dibenarkan.

Baca BISMILLAH sebelum comment ;)
*Kalau tengah join segmen/contest/GA memang wajib dibaca. Dalam hati pun boleh ^^

Ok, sekarang boleh comment hehe. XD






Older Post Newer Post
♣ Disclaimer
Meet the mistress

Berdakwah bukan tugasan sehari, seminggu atau sebulan. Ia tugasan sepanjang hidup, setiap masa & keadaan. Berdakwahlah selagi termampu.
Button FOLLOW di bawah ni :)

About Stuffs Si&Li Posts

FOLLOW // DASHBOARD
♣ Menu
I don't know
POST CBOX