! ★Kawaii Blog★ !



Sunday, 16 September 2012 | 20:03 | 0 comments
KELEBIHAN SUNNAH NABI TIDUR SEBELUM ZOHOR (QAILULAH)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: lakukanlah qailulah (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah," (Riwayat al-Tabarani)


Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."



 

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."



Manfaat Day Napping

  • Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
  • Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
  • Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
  • Baik untuk jantung dan kesihatan.
  • Menungkatkan fungsi kognitif.
  • Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
  • Menjadikan minda lebih kreatif.
  • Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.

Satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.


(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.


Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.




p/s: Jadi ? Jom kita sama-sama amalkan ! :D #Kalau time sekolah/kerje tak perlu laa.. nanti tidur dalam kelas pastu kene marah dengan cikgu, jangan salahkan saya pula..xD 

Post a Comment

Anda amat dialu-alukan untuk komen di entry ini, tapi dengan SYARAT. :D

★ Nak promote GA / Segmen / Contest tidak dibenarkan.
-Kalau nak promote di cbox sahaja.

★ No spam.
-Comment dan tekan sekali publish dah cukup. *kalau ada kesilapan perkataan/ayat/link, boleh komen untuk kali ke dua :)

★ No harsh word.
-Be careful with your words. Once they said, they can be only forgiven, not forgotten.

★ Bahasa Malaysia dan Bahasa English sahaja. Dwibahasa pun boleh. *Bahasa asing tidak dibenarkan.

Baca BISMILLAH sebelum comment ;)
*Kalau tengah join segmen/contest/GA memang wajib dibaca. Dalam hati pun boleh ^^

Ok, sekarang boleh comment hehe. XD






Older Post Newer Post
♣ Disclaimer
Meet the mistress

Berdakwah bukan tugasan sehari, seminggu atau sebulan. Ia tugasan sepanjang hidup, setiap masa & keadaan. Berdakwahlah selagi termampu.
Button FOLLOW di bawah ni :)

About Stuffs Si&Li Posts

FOLLOW // DASHBOARD
♣ Menu
I don't know
POST CBOX