! ★Kawaii Blog★ !



Friday, 21 September 2012 | 10:09 | 0 comments




Air amat penting bagi kaum wanita. Kaum hawa perlu minum segelas air yang berkualiti pada waktu pagi untuk menjadi sihat dan cantik. Kandungan air yang cukup dalam tubuh badan menjamin kesihatan. 
Oleh itu, manusia terutamanya kaum wanita perlu minum air secukupnya, atau lebih kurang 7-8 gelas sehari. Air melembapkan kulit supaya kulit menjadi licin dan halus. Segelas air yang pertama pada waktu pagi adalah paling penting. 
Orang ramai mungkin mempunyai tabiat minum segelas air sebaik sahaja bangun dari tidur. Namun, adakah anda tahu akan cara betul untuk minum segelas air yang pertama ini?

5 Manfaat Utama Minum Air Pada Waktu Pagi


1. Menggantikan kandungan air dalam badan.Air dibebaskan dari tubuh badan manusia melalui kulit, pernafasan dan air kencing pada waktu malam semasa tidur. Kira-kira 450ml air akan dibebaskan daripada tubuh badan manusia. Oleh itu, tubuh manusia akan kekurangan air semasa bangun tidur. Minum air pada waktu pagi akan menggantikan kandungan air yang terbebas ini.


2. Mencegah masalah sembelit.Minum air selepas bangun tidur menggalakkan peristalsis, melembapkan gastrousus dan mencegah masalah sembelit.


3. Membersihkan gastrousus.Lazimnya perut kita kosong semasa bangun tidur. Oleh itu, minum air pada ketika ini akan membersihkan gastrousus dan mengurangkan kepekatan asid perut. Gastrousus akan berada dalam keadaan optimal.


4. Menyegarkan minda.Air yang diminum sebaik sahaja bangun dari tidur akan mudah diserap ke dalam darah melalui kapilari darah usus. Ini akan mengurangkan kepekatan darah dan menambahkan jumlah darah dalam badan. Peredaran darah akan menjadi lebih lancar dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular serta menyegarkan minda kita dengan cepat.


5. Tujuan kecantikan.Air yang diminum sebaik sahaja bangun dari tidur akan diangkut ke seluruh badan. Ia akan membantu peredaran darah dan menggalakkan metabolisme badan.


Bagaimanakah cara minum yang betul?Anda digalakkan minum air pada waktu pagi sebelum sarapan supaya menghasilkan kesan peredaran darah yang teratur dan pembersihan gastrousus. Cara terbaik adalah minum air secara perlahan-lahan. Hal ini adalah kerana minum air dengan terlalu cepat mungkin mengakibatkan kesan-kesan negatif seperti tekanan darah menjadi rendah dan edema pada bahagian otak yang mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan muntah.


Post a Comment

Anda amat dialu-alukan untuk komen di entry ini, tapi dengan SYARAT. :D

★ Nak promote GA / Segmen / Contest tidak dibenarkan.
-Kalau nak promote di cbox sahaja.

★ No spam.
-Comment dan tekan sekali publish dah cukup. *kalau ada kesilapan perkataan/ayat/link, boleh komen untuk kali ke dua :)

★ No harsh word.
-Be careful with your words. Once they said, they can be only forgiven, not forgotten.

★ Bahasa Malaysia dan Bahasa English sahaja. Dwibahasa pun boleh. *Bahasa asing tidak dibenarkan.

Baca BISMILLAH sebelum comment ;)
*Kalau tengah join segmen/contest/GA memang wajib dibaca. Dalam hati pun boleh ^^

Ok, sekarang boleh comment hehe. XD






Older Post Newer Post
♣ Disclaimer
Meet the mistress

Berdakwah bukan tugasan sehari, seminggu atau sebulan. Ia tugasan sepanjang hidup, setiap masa & keadaan. Berdakwahlah selagi termampu.
Button FOLLOW di bawah ni :)

About Stuffs Si&Li Posts

FOLLOW // DASHBOARD
♣ Menu
I don't know
POST CBOX