! ★Kawaii Blog★ !



Sunday, 16 September 2012 | 18:00 | 3 comments
Assalamualaikum,

hai hai ~ ^^v



gambar limau kasturi (Citrus Microcarpa)
Gambar limau kasturi (Citrus Microcarpa) - lifesmorgasbord.blogspot.com


Pernah minum Limau Kasturi

Tadi mak suruh minum air jus limau ni..Sy sebenarnye tak suka sangat yang masam-masam ni. 
Pastu mak kata ni penawar minum jangan tak minum! Akhirnya, kuminum juga 2 gelas. =w=


Ada 5 Khasiat Limau Kasturi.

Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelahsakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa juga, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.

1. Mengurangkan Lelah
- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.
Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

2. Melegakan Pening Kepala
- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.
- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah.

3. Mengatasi Masalah Badan Berbau
- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.

4. Menyembuhkan Sakit Tekak
Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.
- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.
- Kacau campuran tu hingga rata dan minum.
- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.

5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian
- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.
- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
- Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.
- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.
Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat juga berjimat, kan? ;D

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/01/5-khasiat-limau-kasturi.html#ixzz26cXSK9Z9


Good Luck ~ ^^ 
Blogger cikmisi leen said...

hehe.. memang suka sangat buah limau ksturi =) ~ tengs sharing khasiatnya

 
Blogger Kawaii_Gurlzz said...

cikmisi leen

hee.. no prob =D

 
Blogger cweet pinky said...

baw badan tuh memang sangat berkesan tau , hehehe , tuh la skil CP mase skolah rendah , senyap2 CP akan masuk toilet pastuh tenyeh limau kat armpit , hehehe , mak CP ajar cmtuh , takyah guna deodorant , hebat kan XD

 

Post a Comment

Anda amat dialu-alukan untuk komen di entry ini, tapi dengan SYARAT. :D

★ Nak promote GA / Segmen / Contest tidak dibenarkan.
-Kalau nak promote di cbox sahaja.

★ No spam.
-Comment dan tekan sekali publish dah cukup. *kalau ada kesilapan perkataan/ayat/link, boleh komen untuk kali ke dua :)

★ No harsh word.
-Be careful with your words. Once they said, they can be only forgiven, not forgotten.

★ Bahasa Malaysia dan Bahasa English sahaja. Dwibahasa pun boleh. *Bahasa asing tidak dibenarkan.

Baca BISMILLAH sebelum comment ;)
*Kalau tengah join segmen/contest/GA memang wajib dibaca. Dalam hati pun boleh ^^

Ok, sekarang boleh comment hehe. XD






Older Post Newer Post
♣ Disclaimer
Meet the mistress

Berdakwah bukan tugasan sehari, seminggu atau sebulan. Ia tugasan sepanjang hidup, setiap masa & keadaan. Berdakwahlah selagi termampu.
Button FOLLOW di bawah ni :)

About Stuffs Si&Li Posts

FOLLOW // DASHBOARD
♣ Menu
I don't know
POST CBOX