! ★Kawaii Blog★ !



Thursday, 19 January 2012 | 00:55 | 2 comments
Assalamualaikum,



Siapa kata lelaki hanya pandang wanita berkulit putih je? Kalau macam tu kenapa tuhan cipta orang berlainan warna?Jadi, asalkan korang tahu apa ciri perempuan idaman lelaki dah cukup.

PANDAI JAGA PENAMPILAN
Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan macam mana korang menunjukkan kepada orang ramai perangai korang ye. Pastikan yang penampilan korang tu ada ciri-ciri perempuan dan bukannya ciri-ciri kaum bertelur. Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dan pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adap tu. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong. Nak nampak gojes kena nampak cool.

 
BERSEDERHANA
Sambungan kepada point di atas, pastikan diri korang sentiasa amalkan kesederhanaan. Tak payah nak make up tebal-tebal, dan pakai baju lady gaga semata-mata nak tarik perhatian orang ramai. Kalau masuk fashion show atau ada majlis-majlis penting tak apalah jugak. Ini setakat nak pergi pasar pun nak make up tebal-tebal dengan gincu merah pekat kat bibir.. Konpem laki takut nak dekat sebab korang akan dilabel perempuan kaki kikis. Selain tu, jangan suka amalkan terpekik terlolong apatah lagi mencarut macam kaum laki ni. Kalau nak jugak, pastikan 'line clear' baru buat. Jatuh saham nanti~~~


MANJA BUKAN GEDIKS
Lelaki suka perempuan yang tunjuk perangai manja tapi bukan manja untuk amik kesempatan atau terlebih manja a.k.a. gediks..Euwww sana..Euww sini....Nak nampak manja tak perlulah sampai nak nangis terhentak-hentak kaki yek..Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan olo..... ataupun ala.....lepas tu buat muka berkerut korang tu. Mesti hancur leburlah hati jantan lelaki nih. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang. Eceh...cutenye...

 
 

CERIA DAN SENYUM SOKMO
Dalam banyak-banyak senjata perempuan, ini senjata rahsia yang korang kena gunakan waktu keadaan stress. Senyum korang tu mampu menawan hati lelaki. Ditambah pulak dengan perangai ceria ala-ala dalam cerita korea...Cuba cenyum cikit..Kan comey tu...Smile and the world will smile with you! :)
 

 
MUDAH MESRA
Mudah mesra atau dalam kata lainnya mudah memberikan kerjasama. Tapi hati-hati, lelaki akan mudah cari kesempatan dengan perempuan yang mudah mesra. Jangan terlebih mesra, cuma amalkan mesra ditempat kerja ataupun dalam kelas je. Selain daripada tu kalau dah nampak lelaki ni macam ulat beluncas, nak melekat sana, melekat sini, mengeliat sana sini, lepas tu dia bagi nafas syahwat naga dia, korang dah boleh buat tendangan percuma kat anak gajah dumbo dia.


JADI DIRI SENDIRI
Akhir sekali, jadi diri sendiri. Apabila korang sayang diri korang, orang lain akan sayang korang. Kalau semua orang perangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Ramai perempuan tak perasan yang dalam diri korang tu ada sifat blur-blur. Apabila laki cakap mesti korang akan blur. Blur tu lah yang menampakkan korang sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Bebal tu namanya. Jadi, just be yourself.




Credit to : Akal Emosi
Blogger ANA D said...

which part am i??hehehehe..nice blog..singgah dan follow sini

 
Blogger Kawaii_Gurlzz said...

@ANA D
hehe.. thnx ;)

 

Post a Comment

Anda amat dialu-alukan untuk komen di entry ini, tapi dengan SYARAT. :D

★ Nak promote GA / Segmen / Contest tidak dibenarkan.
-Kalau nak promote di cbox sahaja.

★ No spam.
-Comment dan tekan sekali publish dah cukup. *kalau ada kesilapan perkataan/ayat/link, boleh komen untuk kali ke dua :)

★ No harsh word.
-Be careful with your words. Once they said, they can be only forgiven, not forgotten.

★ Bahasa Malaysia dan Bahasa English sahaja. Dwibahasa pun boleh. *Bahasa asing tidak dibenarkan.

Baca BISMILLAH sebelum comment ;)
*Kalau tengah join segmen/contest/GA memang wajib dibaca. Dalam hati pun boleh ^^

Ok, sekarang boleh comment hehe. XD






Older Post Newer Post
♣ Disclaimer
Meet the mistress

Berdakwah bukan tugasan sehari, seminggu atau sebulan. Ia tugasan sepanjang hidup, setiap masa & keadaan. Berdakwahlah selagi termampu.
Button FOLLOW di bawah ni :)

About Stuffs Si&Li Posts

FOLLOW // DASHBOARD
♣ Menu
I don't know
POST CBOX